Asma Dan Omega Guard..
Assalamualaikum...
Dah beberapa hari pending nak tulis blog nie tapi
asyik tergendala je..
Anak Kaklong pula si Afif,few days ni sangat cranky sampai satu kerja pun tak dapat nak settle betul-betul.
Dia batuk and berkahak sampai susah nak bernafas, so asyik merengek minta dukung sebab nak senang tarik nafas tu.Maka, memang berhabuk laa blog Kaklong ni dibuatnya.
Anak Kaklong pula si Afif,few days ni sangat cranky sampai satu kerja pun tak dapat nak settle betul-betul.
Dia batuk and berkahak sampai susah nak bernafas, so asyik merengek minta dukung sebab nak senang tarik nafas tu.Maka, memang berhabuk laa blog Kaklong ni dibuatnya.
So far dah amik gas (Nebulizer) ada kurang sikit
tapi risau juga sebab macam ada potensi nak dapat Asma kalau Kaklong tak monitor
sungguh-sungguh tu.
Okay memang purposely nak share pasal ASMA dan
Supplement Omega Guard untuk bacaan kita hari ini.
Kaklong nak semua orang sedar yang risiko penyakit ASMA boleh dikurangkan jika kita bertindak dari awal.
Sebelum tu, kita kena tahu selidik sikit apa punca sebenar ASMA nie.
APA ITU ASMA
Asma atau lelah adalah penyakit saluran pernafasan
kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar
daripada paru-paru.
Ia boleh menyebabkan kekejangan dada dan sesak
nafas yang dikenali sebagai serangan atau episod asma.
Gejala-gejala asma adalah batuk, kesukaran bernafas
dan bunyi ronkus daripada dada.
Daripada kajian, wanita dewasa lebih ramai
menghidap asma daripada lelaki sementara kanak-kanak lelaki lebih mudah
mendapat asma berbanding budak perempuan.
Definisi
Asma adalah gangguan keradangan kronik yang
melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan udara yang disedut
untuk memasuki paru-paru.
Bagi penyakit ini, saluran udara yang mengalami
keradangan itu sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai rangsangan atau
pencetus.
Akibatnya ia menjadi sempit dan menyebabkan
kesukaran untuk bernafas.
Boleh refer penerangan lanjut tentang penyakit ASMA DISINI.
Bagaimana Omega Guard membantu mengurangkan risiko ASMA?
Asma dikaitkan dengan berlakunya keradangan disaluran pernafasan yang mengakibatkan individu yang menghidap penyakit ini diserang kesukaran bernafas.
Kerap kali serangan ini tercetus apabila individu tersebut berada dalam keadaan penat,sejuk atau dalam persekitaran yang kurang bersih dan berhabuk.
Keradangan juga boleh tercetus disebabkan perkara-perkara diatas.
Omega Guard Shaklee bersifat anti-radang yang mampu mengurangkan radang dan bengkak.
Apabila seseorang diserang Asma, saluran pernafasan sebenarnya menjadi bengkak dan menutupi ruang pernafasan jadi udara yang diperlukan tidak sampai ke paru-paru.
Dengan pengambilan supplement Omega Guard yang berterusan ianya dapat mengelakkn tercetusnya keradangan dan bengkak dia kawasan saluran pernafasan itu tadi.
Bukan sahaja baik untuk orang dewasa, tapi kanak-kanak seawal umur setahun dah boleh mula mengamalkan supplement Omega Guard ini.
Bagi bayi pula,sekiranya masih menyusu badan, pun turut mendapat khasiat yang sama jika ibu menyusu mengamalkannya.
Omega Guard kaya dengan nutrisi Omega 3 yang menjadi pelengkap nutrient yang tidak boleh dihasilkan badan sendiri.
Jom kita semak sedikit apa yang terkandung dalam Omega Guard yang menjadikannya supplement terbaik untuk diamalkan.
Keistimewaan Omega Guard Shaklee
Omega Guard adalah spektrum lengkap asid lemak yang mengandungi tahap ketulenan tinggi.
Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan iaitu asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri.
Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia secara menyeluruh dan merupakan nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.
Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.
Bukan untuk ASMA sahaja, Omega Guard mempunyai banyak lagi kebaikan lain yang boleh membantu memantapkan prestasi tubuh badan kita.
Kaklong akan sharekan lebih banyak lagi tentang kebaikan Omega Guard dalam post-post akan datang..


Comments
Post a Comment