KELEBIHAN ALFALFA MEMBANTU GOUT

Hi,

Kaklong nak buat sharing pasal Alfalfa Complex dan apakah kelebihannya dalam membantu GOUT.

Tapi kita kena kenali dulu apakah GOUT dan puncanya barulah kita boleh faham bagaimana Alfalfa membantu mengurangkan tahap risikonya.

Apakah GOUT
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Rawatan SEMASA Serangan GOUT 
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Bagaimana Alfalfa membantu mengurangkan dan mencegah risiko GOUT

Alfalfa berfungsi membantu meneutralkan dan mengurangkan paras asid urik yang tinggi dalam darah. 

Alfalfa juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. 
Maka pengambilan alfalfa mampu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki dan tumit yang bengkak kerana serangan gout. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout Boleh refer lebih lanjut tentang kelebihan Alfalfa DISINI .


Pengambilan Alfalfa secara konsisten mampu mengurangkan serangan gout. 
Walaubagaimanapun, jika gout menyerang, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, mengambil ubat disamping meneruskan pengambilan Alfalfa.

TINDAKAN jangka panjang yang disarankan bagi penghidap Gout adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengambil supplement kesihatan yang bersesuaian.

Alfalfa seperti yang ramai sedia maklum mempunyai banyak kelebihan untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan pada pengamalnya.
Gout adalah salah satu risiko penyakit yang Alfalfa boleh bantu kurangkan.

Next post Kaklong akan share lagi banyak tentang kelebihan Alfalfa yang bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran juga..

Tungguuuu tauu!!!




















Comments